Monday, September 29, 2008

MenjelanG hARI rAYa

wah, besok hari raya. mak mentua aku dah masak macam2 tu. ada rendang daging, lauk itik, rendang kerang dan kuah kacang. bercerita tentang kuah kacang ni, aku memang suka makan ketupat dengan kuah kacang banding dengan rendang. kalo rendang plak, aku suka rendang ayam kampung. mujurlah tahun ni mak mentua aku sudi nak masakkan kuah kacang. aku nak makan kuah kacang puas2. tentang rendang itik plak, masakan arwah mak aku nasib baik tak banyak beza dengan masakan mak mentua aku.
semalam aku dan isteri tercinta telah pergi mencari daging sampai ke Pantai Seri Putri. punyalah berasak-asak akhirnya dapat jugak daging batang pinang yang fresh. selain itu, aku ada gak beli ekor, paru, limpa dan tulang rusuk sket. yang istimewanya, isteri aku berjaya mendapatkan daging rusa 2 kg. kalau cite pasal makanan raya ni, memang mewah dan bestlah. tapi, tahun ni cuti tak berapa panjang. so, raya mungkin aku tak dapat nak jalan banyak rumah. akhir kata, aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin....

Thursday, September 25, 2008

Bengang

ntah mengapa sejak akhir-akhir ni aku bengang dengan famili aku. bapak aku tak abis - abis dengan sikap berkiranya terhadap aku. tak cukup dengan itu, sikap berat sebelah bapak aku masih tak berubah. memang dasar pilih kasih. Tentang kakak aku yang sorang tu plak, aku dah malas nak cakap. pegi mampos sama dia.
nak sedpkn lagi, kuarga belah bini aku pun lebih kurang macam tu jugak. aku akui bahawa famili bini aku sangat rapat antara satu sama lain, tapi kekadang sampai meluat aku dibuatnya. manakan tidak, bini aku lebih mementingkan keluarga dia daripada aku. bila aku ckp sket pasal famili dia, mula lah tak boleh terima. padahal secara logiknya dia pun tahu apa yang aku cakap tu pun betul. kalo berterusan macam ni fed-up jugak aku dibuatnya. apa-apa pun, melissa is da best !!!!!!!!

Bengang

Wednesday, September 24, 2008

cite berbuka puasa

semalam aku berbuka puasa dengan ayah dan andak. banyak makanan yang dia orang bawak. ada lauk itik dan ada lauk ikan semilang. memang puaslah aku makan semalam. semalam juga aku telah menunaikan tanggungjawab aku untuk membayar zakat fitrah. selain itu, segala bil juga telah aku jelaskan semalam.
aku suka ingin mengimbau dua tiga malam yang lepas di mana kawan lama aku telah menelefon aku. namanya siapa lagi kalu bukan usop. nama betul dia Aizo. memang lama betul aku tak berbual dengan dia. sekarang dia dah ada seorang anak perempuan. alhamdulillah... borak - borak macam kawan lama. tapi takda kepuasan. kalau bole nak cite panjang - panjang tapi maklumlah pakai telefon, so mahallah sedikit.
bile dia tepon, terkenang pula aku zaman kat U dulu. ingat zaman masa lepak kat bangsar n uptown, main bola petang - petang, merayau - rayau kat shopping complex. sebenarnya kat u itulah x-perience yang best. bukan pegi kuliah balik kuliah. apa kaba lah kawan - kawan aku yang lain ? Ali, abul, tung, pyang,sukai, alang, yus, pet,syam,manap,aloi,babu,PTS,nizam giant, daus,sap,mat,kerel,idham,asri,labuk,bad,john,yob,shah,johny,sopan,micheal, apis,tun dun, moon,bagok,nuek, ijai dan lain -lain lagi. harap-harap mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing.chowwwwww

Tuesday, September 23, 2008

borak-borak jer

lama dah tak menulis dalam blog ni. apa perkembangan politik negara ? saya berasakan bahawa media aliran perdana kita terlalu pro kerajaan kecuali akhbar The Star. berita di TV dan surat khabar melaporkan benda yang sahih tetapi terlalu naif untuk memperbodohkan rakyat yang semakin bijak menilai. golongan muda hari ini sudah pandai menilai kebenaran dan tidak mudah termakan dengan berita - berita yang disampaikan oleh media - media aliran perdana ini. namun begitu, malangnya negara kita kerana golongan muda ini lebih cenderung menggunakan pendekatan " extreme " yang kurang membina sebaliknya bersifat pemusnah. kebanyakan mereka meneruskan fahaman politik yang dibawa semasa di IPT lagi menyebabkan kerajaan sehingga hari ini masih gagal menemui formula untuk ' memikat ' golongan ini.
Saya berpandangan bahawa kerajaan perlu menghentikan provokasi melampau yang dilakukan menggunakan media - media aliran perdana ini, sebaliknya menggerakkan Pemuda UMNO yang selama ini tertidur di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin. mujurlah beliau memutuskan tidak mahu bertanding dalam pemilihan pemuda yang akan datang. saya berpandangan yang beliau bukanlah pemimpin yang boleh diangkat sehingga peringkat tertinggi. beliau telah gagal sebagai menteri pelajaran dan sebagai Ketua Pemuda UMNO. adakah orang yang macam ini akan menjadi pilihan perwakilan untuk kerusi Naib Presiden UMNO ? bangkitlah bangsaku dan berfikirlah secara rasional. jangan disebabkan perpaduan, kita hilang pertimbangan dalam memilih pemimpin yang berwibawa memacu negara ke arah negara yang berdaya saing dari segi ekonomi di peringkat global. masih banyak agenda yang masih belum dilaksanakan. Rakyat mahukan hasil negara dinikmati terus oleh mereka bukan dengan projek yang bernama " pembangunan " yang sebenarnya lebih menguntungkan sesetengah pihak sahaja. agihkanlah pendapatan negara terus kepada rakyat dengan pemberian subsidi, elaun ataupun baucer tunai.
insyaallah, rakyat akan kembali kepada kerajaan jika ini dilakukan bukan semata - mata disebabkan oleh pilihanraya yang akan datang. mulakan dari sekarang atau kerajaan yang ada hari ini akan berkubur selepas 51 tahun memerintah. wassalam.

Thursday, September 18, 2008

Menjelang Hari Raya

11 hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut hari raya tanpa ibu yang tercinta. memang sedih kalau nak dikenangkan tetapi mujurlah ada buah hati yang tersayang di sisi. tahun ini buah hati aku akan berhari raya pada usia 1 tahun 1 bulan 16 hari. harap - harap Qistina dah boleh berjalan pada hari raya ini. tapi, masalahnya ialah anak saya ni hatinya kecik sket. baru dua tiga langkah dah mengalah. anak papa sepatutnya tidak boleh berputus asa. mesti rajin berusaha. apa - apa pun, aku dan isteri tersyg akan cuba pastikan bahawa anak papa dah boleh berjalan sebelum hari raya nanti. INSYAALLAH ! Di samping itu, aku juga bersyukur kerana masih mempunyai bapa yang bagi aku terbaik di dunia. sejak mak takde ni, ayahlah yang banyak membantu aku sekeluarga. memang sampai mati pun aku tak dapat balas jasa kedua orang tua ku. Tahun ini, alhamdulillah aku akan beraya dengan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah bersetuju memberi bonus kepada aku pada tahun ini. Segala persiapan raya sudah hampir lengkap kecuali kuih - kuih raya aje. itu sahaja untuk hari ini. mungkin petang karang aku akan berbuka puasa di luar. nak meraikan hari jadi busu si melissa.

Monday, September 15, 2008

hari ini 16 September. tak byk perkara yang berlaku. perubhan kerajaan juga tidak berlaku. kerajaan barisan nasional sudah agak goyah sekarang. rakyat mahukan pembaharuan. wajarkah menggunakan ISA untuk melindungi seseorang daripada ugutan bunuh ??? jika benarlah penangkapan tahanan ISA dibuat sebulat suara oleh kabinet, mengapa ada menteri yang mempertikaikan tujuan penagkapan itu ??? sehingga ada yang sanggup meletakkan jawatan. saya mula terfikir mengapa Pak Lah mengumumkan peralihan kuasa terlalu awal sedangkan ianya hanya akn berlaku pada 2010. tidakkah itu akan menghilangkan kepercyaan anggota UMNO yang lain terhadap beliau. bagaimana dengan kepercyaan rakyat pula ? Berpa lama pula najib harus bersbar sebelum dinobatkan sebagai PM. isu utama di sini ialah siapa Pak Lah untuk menentukan selama mana dia boleh berkuasa. Seandainya 2010 nanti, Pak Lah berubah fikran, bagaimana pula nasib Najib ? Sepatutnya tempoh kepimpinan Pak Lah ditentukan oleh akar umbi dan bukannya beliau. kini, akibat tempoh peralihan yang terlalu lama, pelabagai masalah timbul. semakin banyak pihak yang mula mengkritik kepimpinan beliau secara terang-terangan. Bukti yang nyata ialah pandangan ikhlas yang dibuat oleh Muhyiddin dan peletakan jawatan Zaid. adakah Pak Lah ingin menunggu sehingga negara Malaysia ini hancur, baru beliau akan mempertimbangkan semula tempoh peralihan kuasa tsbt ? Kita sama - sama lihat.....

Saturday, September 13, 2008

Yayang yome

hari ini melissa telah digunting rambut depannya. semalam, aku sekeluarga termasuk ayah aku telah berbuka puasa di Restoran ikan bakar pdg kemunting. memang best dapat berbuka puasa bersama - sama bapa tersayang. Ayah yang belanja sebenarnya. hari ini isteri aku akan memasak lauk ketam sbg hidangan berbuka puasa. that's all utk hari nie...

ISA...Masih Relevenkah ???

saya secara peribadi berasakan bahawa penahanan ISA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sikap kerajaan yang berada dalam ketakutan. Kerajaan lah yang sbnrnya bersikap racist terhadap pelbagai kaum di malaysia. Mengapa tidak ditahan sahaja Ahmad Said yang terang-terangan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman ?

Friday, September 12, 2008

puasa..

hari ke 13 puasa..smlm ke taman cempaka yg sarat dengan manusia yg x g terawih..(including me..) bkn nak beli ape pon..saje teman bini nak carik tudung..pagi td dapat call kena langasaikan satu misi pagi ni kul 10.30 dapat call kul 8.30 can u imagine?? baru bangun,seb baik tak yah breakfast..ok time to go..akan menyusul kemudian

welcome...

ive been reading so many kind of blog..and finally i got my own..wit my own concept..and the very ME..well,actually this blog was created when i think dat i have 2 express somethin deep down inside my heart..which i cant express it out loud...
ok time to start bloggy..