Tuesday, September 23, 2008

borak-borak jer

lama dah tak menulis dalam blog ni. apa perkembangan politik negara ? saya berasakan bahawa media aliran perdana kita terlalu pro kerajaan kecuali akhbar The Star. berita di TV dan surat khabar melaporkan benda yang sahih tetapi terlalu naif untuk memperbodohkan rakyat yang semakin bijak menilai. golongan muda hari ini sudah pandai menilai kebenaran dan tidak mudah termakan dengan berita - berita yang disampaikan oleh media - media aliran perdana ini. namun begitu, malangnya negara kita kerana golongan muda ini lebih cenderung menggunakan pendekatan " extreme " yang kurang membina sebaliknya bersifat pemusnah. kebanyakan mereka meneruskan fahaman politik yang dibawa semasa di IPT lagi menyebabkan kerajaan sehingga hari ini masih gagal menemui formula untuk ' memikat ' golongan ini.
Saya berpandangan bahawa kerajaan perlu menghentikan provokasi melampau yang dilakukan menggunakan media - media aliran perdana ini, sebaliknya menggerakkan Pemuda UMNO yang selama ini tertidur di bawah kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin. mujurlah beliau memutuskan tidak mahu bertanding dalam pemilihan pemuda yang akan datang. saya berpandangan yang beliau bukanlah pemimpin yang boleh diangkat sehingga peringkat tertinggi. beliau telah gagal sebagai menteri pelajaran dan sebagai Ketua Pemuda UMNO. adakah orang yang macam ini akan menjadi pilihan perwakilan untuk kerusi Naib Presiden UMNO ? bangkitlah bangsaku dan berfikirlah secara rasional. jangan disebabkan perpaduan, kita hilang pertimbangan dalam memilih pemimpin yang berwibawa memacu negara ke arah negara yang berdaya saing dari segi ekonomi di peringkat global. masih banyak agenda yang masih belum dilaksanakan. Rakyat mahukan hasil negara dinikmati terus oleh mereka bukan dengan projek yang bernama " pembangunan " yang sebenarnya lebih menguntungkan sesetengah pihak sahaja. agihkanlah pendapatan negara terus kepada rakyat dengan pemberian subsidi, elaun ataupun baucer tunai.
insyaallah, rakyat akan kembali kepada kerajaan jika ini dilakukan bukan semata - mata disebabkan oleh pilihanraya yang akan datang. mulakan dari sekarang atau kerajaan yang ada hari ini akan berkubur selepas 51 tahun memerintah. wassalam.

No comments: