Thursday, September 18, 2008

Menjelang Hari Raya

11 hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambut hari raya tanpa ibu yang tercinta. memang sedih kalau nak dikenangkan tetapi mujurlah ada buah hati yang tersayang di sisi. tahun ini buah hati aku akan berhari raya pada usia 1 tahun 1 bulan 16 hari. harap - harap Qistina dah boleh berjalan pada hari raya ini. tapi, masalahnya ialah anak saya ni hatinya kecik sket. baru dua tiga langkah dah mengalah. anak papa sepatutnya tidak boleh berputus asa. mesti rajin berusaha. apa - apa pun, aku dan isteri tersyg akan cuba pastikan bahawa anak papa dah boleh berjalan sebelum hari raya nanti. INSYAALLAH ! Di samping itu, aku juga bersyukur kerana masih mempunyai bapa yang bagi aku terbaik di dunia. sejak mak takde ni, ayahlah yang banyak membantu aku sekeluarga. memang sampai mati pun aku tak dapat balas jasa kedua orang tua ku. Tahun ini, alhamdulillah aku akan beraya dengan rezeki yang melimpah ruah. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah bersetuju memberi bonus kepada aku pada tahun ini. Segala persiapan raya sudah hampir lengkap kecuali kuih - kuih raya aje. itu sahaja untuk hari ini. mungkin petang karang aku akan berbuka puasa di luar. nak meraikan hari jadi busu si melissa.

No comments: